Assalamualaikum dan Salam Jumaat…
“Wahai manusia iangatlah dunia
hanya tempat tumpangan untuk sementara, akhirat jualah sebenar-benar tempat
yang kekal”
Selalu dengar ayat ni mase
mula khutbah kedua tapi tak pernah nak ambil iktibar daripadanya. Kenapa hati
ini susah sangat nak terima kebaikan..?? Ya Allah Engkau yang Maha Mendengar
segala rintihan hambamu. Engkau berikanlah hambamu ini kekuatan dan ketaqwaan
dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang Engkau berikan. Sesungguhnya
hanya kepada Engkaulah kami berserah.
Semalam kawan saya Tanya…kau
takut mati tak..?? saya jawab takut!!!tapi cukupkah dengan hanya menyebut
perkataan “TAKUT” mampu menyelamatkan kita daripada azab api neraka yang telah
Allah s.w.t janjikan untuk kita di Akhirat?? Jika di tanya kepada golongan
remaja sekarang nak masuk syurga tak??saya boleh jamin semuanya akan jawab
‘mestilah aku nak masuk syurga’ tapi pernah tak kite fikir macam mane nak masuk
syurga sedangkan amalan wajib pun celum celam (jarang2).
Itu belom sebut yang amalan
sunat, entah kemana la agaknye..tapi itulah manusia selalu mudah lupakan Allah
sedangkan Allah tak pernah sekalipun tinggalkan kita. Bila ditimpa kesusahan
baru rase nak berdamping dengan Allah, tapi bila Allah bagi kesenangan pada
kita susah nak sebut Alhamdulillah. Tapi Allah itu maha pemurah, setiap hari
Dia jaga kita, beri rezeki, lindung kita dari bencana dan sebagainya, tapi kita
masih lalai dengan kesenangan duniawi.
Tak payah cari jauh-jauh,
tengok jer kat facebook wall tu ape yang kita selalu post. Adakah ianya benda
yang bermanfaat untuk orang lain atau paling tidak pon memberi kita manfaat di
akhirat nanti. Saya bukanlah seorang yang sempurna dari segi akhlak, tapi sekadar
ingin berkongsi pendapat bersama teman-teman yang lain supaya Allah memberkati
dan merahmati kita semua di dunia dan di Akhirat. InsyaAllah
"Bertolong-tolonglah kamu
dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan
dalam berbuat dosa dan melampaui batas; dan bertaqwalah kepada Allah". [al-Maidah ayat 2]
semoga kita tergolong dalam orang2 yang beriman...dan kita akan terus berusaha..InsyaAllah
ReplyDeleteInsyaAllah...
ReplyDelete