Followers

Search This Blog

Sunday, October 18, 2009

.....rEmInDer......





~ Bahaya Facebook~
herm..apa yang nak digariskan disini adalah
bahaya facebook. ini ada satu emel yang banyak
diforwardkan,

Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang
Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data-data
yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh
pihak CIA?

Mereka boleh mengakses semua mengenai kita
dan dengan mudah mendapat semua
butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita,
bos kita, kawan-kawan kita, pihak
universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber
at anytime they want!! Dan yang lebih menyedihkan lagi,
ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun
memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan
TEPAT. Apabila ditanya,mereka dengan mudah menjawab,
“nanti kalau member lama atau member sekolah ingin
mencari kita… senang sikit!”

Malang sekali bukan itu yang berlaku.

Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan
terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca
dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam
laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA
dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh
memakan diri kita sendiri sebenarnya.
Cuba bayangkan!!!




Friday, October 16, 2009

Pertama, gempa di timur.
Perkara ini baru sahaja berlaku di Padang, Indonesia. Tidak perlu saya ulas lanjut tentang gempa ini kerana saya percaya anda semua sudah sedia maklum tentang gempa bumi ini.

Gempa bumi di barat.
Gempa bumi di barat telah berlaku di bandar L'Aquila, Itali pada 6 April 2009. Seramai 90 orang meninggal dan 10 000 orang kehilangan tempat tinggal akibat gegaran 6.3 pada skala ritcher.

Gempa bumi di Semenanjung Tanah Arab
Dipetik dari Kosmo! RIYADH - Perkhidmatan pemantau gempa bumi Arab Saudi menggesa penduduk di beberapa buah kampung di barat negara itu berpindah selepas gegaran berukuran 5.39 pada skala Richter dikesan berlaku. Pusat Gempa Bumi dan Gunung Berapi Kebangsaan Arab Saudi menyatakan dalam satu kenyataan bahawa satu gempa bumi yang berlaku menjelang Subuh itu tidak menyebabkan kerosakan, kematian atau kecederaan. Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan semalam meminta penduduk di lima buah kampung di barat kota Mekah supaya berlindung di khemah-khemah perlindungan yang dibina oleh pihak berkuasa. Stesen-stesen televisyen Arab melaporkan bahawa kebanyakan penduduk sudah berpindah ke pusat perlindungan itu. Pihak berkuasa turut mengedarkan topeng perubatan selepas orang ramai membuat aduan mengenai bau yang tidak menyenangkan akibat gempa bumi itu. Sebelum ini, gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter turut dikesan berlaku di kawasan sama. - AP Adakah tanda-tanda yang ditunjukkan ini hanyalah kebetulan semata-mata? Terpulang kepada anda untuk menafsirkannya. Tujuan saya menulis artikel ini hanyalah untuk peringatan kepada saudara seislam saya. Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.


Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu. ( Fussilat 41: 53)

*p/s: MasyaALLAH.. lindungi kami dari kemurkaan-Mu..

....hAdIs.....

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Ertinya:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".

H.R Muslimi

Keterangan

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

  6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

  7. Gempa bumi di Timur.

  8. Gempa bumi di Barat.

  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.