Followers

Search This Blog

Sunday, October 18, 2009

.....rEmInDer......





~ Bahaya Facebook~
herm..apa yang nak digariskan disini adalah
bahaya facebook. ini ada satu emel yang banyak
diforwardkan,

Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang
Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data-data
yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh
pihak CIA?

Mereka boleh mengakses semua mengenai kita
dan dengan mudah mendapat semua
butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita,
bos kita, kawan-kawan kita, pihak
universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber
at anytime they want!! Dan yang lebih menyedihkan lagi,
ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun
memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan
TEPAT. Apabila ditanya,mereka dengan mudah menjawab,
“nanti kalau member lama atau member sekolah ingin
mencari kita… senang sikit!”

Malang sekali bukan itu yang berlaku.

Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan
terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca
dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam
laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA
dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh
memakan diri kita sendiri sebenarnya.
Cuba bayangkan!!!






Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna
internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA
mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA.
Bagi pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme),
mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak
CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai “title” sebagai
“professional” seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR,
scientist dan yang seumpamanya… inilah MANGSA CIA
yang sebenarnya.

Mengapa?

Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan
professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai
diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan
mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan
masing-masing tidak mahu “kalah” dalam menceritakan
semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.
Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?

Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO
yang mereka letakkan ke atas diri
mereka sendiri?

- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri
dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs,
rekod pendidikan, interests, daily
schedule…. habis diberikan begitu sahaja. Itu
semua akan disimpan oleh pihak CIA

sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk
kegunaan mereka pada masa hadapan.
Malah, maklumat mengenai keluarga juga
dimasukkan dengan selamba.
Halo…

Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.

Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.
Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan”
semuanya di dalam Facebook kita!
Ikut percakapan kasar orang di warung kopi,
bunyinya memang menarik. Ini dialognya:
Esok kalau katakan mereka hendak menyerang
Malaysia, mereka sudahpun tahu
dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini
berada/tinggal. Sebelum dia serang,
mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai
ini…. tiada apa yang tinggal.
Bukankah semua info yang mereka perlukan
sudahpun ada dalam tangan mereka?

Facebook best!

Face book nombor 1 sekarang !!!

Memang betul.
Itu memang satu fakta. Tiada siapapun
boleh menafikannya.
Dan ini juga adalah satu fakta:
Facebook telah di tampung sebanyak
USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel.
Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya.
Tidak cukup dengan itu, sebanyak
USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam
Facebook oleh James Breyer dari Accel
Partners. Mereka semuanya ada agenda yang
mereka sendiri faham. Jika kamu hendak
tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah
DALANG di sebalik laman web sosial ini,
kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada
slide flash video yang akan kamu
lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan
cuba fahamkan.


Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan
Facebook group to untuk merekrut staffnya
bagi program kesayangan mereka iaitu National
Clandestine Service. Malah, Dr Anita
Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini.
Dr Anita Jones adalah Defence Research and
Engineering Director untuk US Department of Defence.

Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook
ini tidaklah salah. Malah bagus kerana
silap haribulan, boleh buat duit lagi.
Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri
sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat
penting. Palsukan semua maklumat yang
dirasakan tinggi privasinya.
Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh.

Apalagi dengan mende PERCUMA sebegini.

Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi
ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya,
pergilah di Fotopages dan lihat siapakah
pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat
Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia.
Tidak syak lagi…

Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?

Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah
memasukkan data privasi mereka, senyum
sahajalah. Bagi mereka yang belum dan
baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.

No comments:

Post a Comment