Followers

Search This Blog

Wednesday, November 4, 2009

Gerakan Retrograd Marikh dan Hari Kiamat

Sementara itu putaran retrograd dipercayai telah berlaku pada planet Zuhrah dan
Uranus semasa awal kejadian lagi. Kedua-duanya dipercayai adalah akibat
hentaman besar ke atas planet sehingga mengubah arah putaran mereka,
menjadikannya berputar dengan putaran retrograd.
Penutup
Maka berbalik kepada persoalan di atas, oleh kerana planet Marikh tidak mengalami
putaran retrograd maka seluruh kekeliruan yang berlaku mungkin terbit dari salahfaham
di antara putaran retrograd dengan gerakan retrograd (ketara). Gerakan
retrograd hanyalah fenomena optikal, ia tidak menggambarkan orbit sebenar planet
Marikh yang masih mengelilingi Matahari mengikut arah yang sama. Ia boleh
dianggap sebagai satu ilusi optik. Ia adalah fenomena yang berlaku berulang-ulang
dan telah diketahui sejak zaman Yunani silam lagi. Gerakan retrograd sekali-kali tidak
menandakan berubahnya arah putaran kerana kedua-duanya tidak berkaitan secara
langsung. Kita juga tahu bahawa arah putaran planet Marikh adalah sama seperti
dahulu, tiada sebarang perubahan. Maka kaitan yang cuba dibuat dengan arah
putaran Bumi gugur dengan sendirinya. Tetapi bagaimana pula dengan planet Zuhrah
yang juga merupakan jiran kepada Bumi?


Planet Zuhrah kerap disifatkan sebagai planet saudara (sister planet) dengan Bumi
kerana saiznya yang hampir sama besar. Dan ia mengalami putaran retrograd.
Adakah putaran retrograd yang dialami planet Zuhrah boleh membawa petanda
kepada Bumi? Bahawa Bumi juga akan menjadi seperti itu dalam masa yang segera.
Putaran retrograd Zuhrah hanya baru sahaja (tahun 1960’an) diketahui melalui
teknologi radar kerana permukaannya tebal diselaputi awan yang tidak
membolehkan kadar putarannya ditentukan secara optikal.
Namun, sebab–sebab berlakunya putaran retrograd masih belum dapat dipastikan
Terdapat beberapa teori yang mempunyai kekuatan, dan salah satunya ialah teori
hentaman semasa awal kejadian. Ini bermaksud planet Zuhrah telah dihentam oleh
sesuatu yang agak besar pada awal kejadiannya yang menyebabkan ia mengalami
putaran retrograd. Jika demikian, ia berlaku berbilion tahun yang lalu dan bagi Bumi
untuk mengekorinya memerlukan juga satu hentaman dahsyat seperti itu, yang akan
memusnahkan kehidupan di Bumi. Jika demikian, ia bukan lagi tanda kiamat, bahkan
lebih merupakan senario hari kiamat itu sendiri. Maka, saya menganggapnya kurang
berkemungkinan.
Teori lain mengenai putaran retrograd juga tidak menunjukkan bahawa ia akan
berlaku dalam masa yang segera ke atas Bumi. Oleh itu satu penjelasan masih
diperlukan bagi menjelaskan Matahari terbit di sebelah Barat. Saya tidak bercadang
untuk mengemukakannya di sini.
Walau apa pun kita tetap meyakini kedatangan hari kiamat dan kebenaran kata-kata
Rasul s.a.w. mengenai tanda-tandanya. Cuma telah berlaku salah-faham terhadap
tafsiran gerakan retrograd planet Marikh yang mengakibatkan teori tentang
kehampiran hari kiamat telah terbentuk dari fakta yang salah ini, dan ianya telah
tersebar luas bukan sahaja melalui sms tetapi juga di dalam akhbar dan VCD.
Walaupun kehampiran hari kiamat itu tidak dinafikan, tetapi penyajiannya melalui
fakta yang salah boleh menyebabkan kita menjadi bahan tertawaan dan persendaan
orang.

MAKLUMAT INI DARI USTAZ HARUN DIN, BELIAU BACAKAN ARTIKEL TTG FAKTA BAHAWA
PLANET MARIKH ( PLANET TERDEKAT DGN BUMI ) TELAH MENGALAMI PUSINGAN
TERBALIK
PADA BULAN SEPTEMBER LEPAS.
INI MENUNJUKKAN BAHAWA PLANET YANG BERHAMPIRAN DENGAN PLANET MARIKH JUGA
AKAN MENGALAMI KEJADIAN YANG SAMA. MAKA AKAN TERJADILAH KEJADIAN MATAHARI
AKAN TIMBUL DARI ARAH BARAT YANG JUGA MERUPAKAN TANDA-TANDA BESAR KIAMAT.
PADA MASA ITU JUGALAH PINTU TAUBAT AKAN DITUTUP.
KATA PARA ASTRONOMI PLANET, BUMI HANYA TUNGGU MASA SAJA.
MAKLUMAT INI TIDAK DIDEDAHKAN SECARA MELUAS DAN TELAH DIHENTIKAN
PENYEBARANNYA OLEH
'NASA' KERANA IA MENGUNTUNGKAN UMAT ISLAM.
AMBILLAH PERANAN.
[istighfar jom..]wallahulam


















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































No comments:

Post a Comment