Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri
kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan
seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat
kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri
kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat
tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji
itu dan ingin sekali bertaubat.”
“Golongan yang pertama, aku
lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku
menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun
membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda
itu. ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.
w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan
memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada
golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat
elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika
aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi
babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah tersebut, ”
Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat
sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali
dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang
aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila
aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung,
keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.” ” Mereka itulah
golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli
ibadah itu lagi.
” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar
menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka
kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama
sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
” Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat
panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari
tubuh badannya,” sambung pemuda itu. ” Anak muda, mereka itulah golongan yang
gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran
dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w.
pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari
bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
“Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu
siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula
kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam
yang amat busuk baunya,” ” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta
riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
“Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku
lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa
demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah
tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan
mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang
beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya
mahupun sesudah matinya.”
"Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan
kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap
amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah". Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment