Followers

Search This Blog

Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun HIjrah




Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi kepada saudara seIslam semua...
Hari ini adalah hari terakhir kita dalam tahun 1433H dan esok bermulanya hari kita dalam tahun 1434H. Di kesempatan ini, saya ingin mengajak diri saya dan saudara sekalian bersama-sama merenung sejenak segala yang telah kita lalui pada tahun ini, apa yang kita perolehi adakah amal kebajikan yang kita lakukan atau sebaliknya. Semoga dengan kedatangan tahun baru kali ini mampu memberi kita semangat yang baru dalam melaksankan segala suruhanNya dengan ikhlas. Kepada rakan-rakan pembaca, dikesempatan ini, juga saya ingin memohon kemaafan sekiranya selama saya berbloging ini ada yang tersinggung hati. Disini saya juga sertakan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah untuk panduan saudara pembaca sekalian. Semoga apa yang telah kita laksanakan pada tahun ini diterima oleh Allah s.w.t sebagai satu amal kebajikan dan yang akan kita rancang dipemudahkan olehNya InsyaAllah 


Doa Akhir Tahun

Bacalah doa ini sebanyak tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, dilakukan selepas waktu asar atau sebelum maghrib . Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah Swt.






Doa Awal Tahun

Bacalah doa ini tiga kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah Swt. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.


No comments:

Post a Comment