Bumi semakin uzur dan
hampir ke penghujungnya di mana pelbagai peristiwa yang berlaku di hadapan mata
kita telah menunjukkan dengan nyata tentang betapa hampirnya dunia ini dengan
saat kehancuran yang dinamakan Qiamat. Malah kekerapan berlakunya gerhana bulan
dan matahari akhir-akhir ini mengingatkan kita tentang kaitannya dengan
tanda-tanda Qiamat yang sering kita lihat dalam kitab suci al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w . Bersama-samalah
kite mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku pada hari ini telah memberi kita keinsafan dalam meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t.
InsyaAllah.
Maksudnya : Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi berpinar-pinar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka)pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Kemanakah hendak melarikan diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
[surah al-Qiyamah ayat 6-13]
No comments:
Post a Comment