Followers

Search This Blog

Saturday, January 16, 2010

israel ketakutan men0nt0n fifa




Sumber-sumber media mengungkapkan kebimbangan Zionis Israel akan adanya penangkapan penjawat Israel selama kunjungan mereka ke Afrika Selatan untuk menyaksikan Piala Dunia mendatang yang dijadualkan diselenggarakan di Afrika Selatan tahun ini.
Menurut televisyen Israel "Siaran Dua", sejumlah organisasi di Afrika Selatan yang peduli kepada Palestin telah menyiapkan daftar penjawat Israel yang terlibat dalam keganasan mematikan di Jalur Gaza pada bulan Januari 2009, untuk ditangkap dan diadili atas tuduhan melakukan kejahatan perang terhadap rakyat Palestin jika mereka pergi ke Afrika Selatan untuk melihat pertandingan Piala Dunia mendatang.




Daftar Penjahat Perang

Televisyen Israel tersebut melaporkan juga bahawa organisasi Palestin yang aktif di Afrika Selatan berhasil mengumpulkan nama-nama para parajurit dan perwira Israel yang terlibat dalam keganasan di Jalur Gaza dan memegang dua kewarganegaraan (Afrika Selatan dan Israel) serta yang biasa online di Facebook dan laman-laman lain di internet.

Dinyatakan juga bahawa 72 nama yang terdapat dalam daftar yang terkait dengan keganasan brutal Zionis terhadap Gaza, akan ditangkap setibanya mereka di Afrika Selatan, atas tuduhan melakukan kejahatan perang.

Siaran Dua Israel mengatakan bahawa Leftenannan Kolonel David Benjamin yang berasal dari Afrika Selatan dan bermigrasi ke Israel telah terlibat dalam keganasan terhadap Jalur Gaza, dan organisasi hak asasi manusia akan mengajukan sebuah surat dakwaan menentang dia di pengadilan Johannesburg, kerana dituduh melakukan kejahatan perang terhadap rakyat Palestin.

Saluran tv Israel ini juga mengutip seruan dari penjawat Israel yang ditujukan ke seluruh penjawat Israel untuk tidak melakukan perjalanan ke Afrika Selatan menyaksikan Piala Dunia kali ini, agar tidak jatuh ke dalam perangkap penahanan, dan dinyatakan juga apakah mereka lebih suka kehilangan menonton secara langsung piala dunia dibandingkan di penjara atas tuduhan kejahatan perang.(fq/imo)



1 comment: