Followers

Search This Blog

Saturday, July 10, 2010

Peringatan Buat Yang Terleka

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”. Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin”. Isam bertanya, “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?” Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air, sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara”.