Followers

Search This Blog

Sunday, March 11, 2012

Rindu Allah Pada HambaNya




Assalamualaikum w.b.t
Hidup dalam dunia yang penuh kemewahan dan semua yang ada di dalamnya berlumba-lumba pada hari ini sering menghanyutkan kita dengan seribu macam perkara. Hari-hari yang dilalui, dipenuhi dengan jadual dan aktiviti terutamanya pelajar universiti yang ingin mengejar itu dan ini dalam usaha merealisasikan matlamat hidup yang dihajati.
Kadang-kadang hati dan fikiran hanya tertumpu kepada hal-hal dunia sehinggakan masa untuk kita berhubung mesra dengan ALLAH Ta’ala, berkhalwat dengan ALLAH Ta’ala sudah hampir tiada. Kalau ada pun, berapa ramaikah dari kita yang tergolong dari orang-orang yang sedaya upaya mencuri masanya untuk berhubungan ‘heart to Rabb’ dengan Dia?
Yang parahnya adalah, dalam 1 hari yang dilalui itu, ada manusia yang langsung tidak mengingati Tuhannya dek  kerana kesibukan duniawi yang mengikat diri. Dan dari situ ALLAH Ta’ala, punyai cara yang tersendiri untuk menyedarkan kita dari kelalaian nafsu dunia!!

Friday, February 3, 2012

Dunia + Akhirat = ??




Assalamualaikum dan Salam Jumaat…

“Wahai manusia iangatlah dunia hanya tempat tumpangan untuk sementara, akhirat jualah sebenar-benar tempat yang kekal”

Selalu dengar ayat ni mase mula khutbah kedua tapi tak pernah nak ambil iktibar daripadanya. Kenapa hati ini susah sangat nak terima kebaikan..?? Ya Allah Engkau yang Maha Mendengar segala rintihan hambamu. Engkau berikanlah hambamu ini kekuatan dan ketaqwaan dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang Engkau berikan. Sesungguhnya hanya kepada Engkaulah kami berserah.