Followers

Search This Blog

Showing posts with label alpa. Show all posts
Showing posts with label alpa. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

Rindu Allah Pada HambaNya




Assalamualaikum w.b.t
Hidup dalam dunia yang penuh kemewahan dan semua yang ada di dalamnya berlumba-lumba pada hari ini sering menghanyutkan kita dengan seribu macam perkara. Hari-hari yang dilalui, dipenuhi dengan jadual dan aktiviti terutamanya pelajar universiti yang ingin mengejar itu dan ini dalam usaha merealisasikan matlamat hidup yang dihajati.
Kadang-kadang hati dan fikiran hanya tertumpu kepada hal-hal dunia sehinggakan masa untuk kita berhubung mesra dengan ALLAH Ta’ala, berkhalwat dengan ALLAH Ta’ala sudah hampir tiada. Kalau ada pun, berapa ramaikah dari kita yang tergolong dari orang-orang yang sedaya upaya mencuri masanya untuk berhubungan ‘heart to Rabb’ dengan Dia?
Yang parahnya adalah, dalam 1 hari yang dilalui itu, ada manusia yang langsung tidak mengingati Tuhannya dek  kerana kesibukan duniawi yang mengikat diri. Dan dari situ ALLAH Ta’ala, punyai cara yang tersendiri untuk menyedarkan kita dari kelalaian nafsu dunia!!

Friday, January 20, 2012

Kisah Pencuri Kain Kafan : Dimanakah kita..??



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

Friday, December 16, 2011

Kisah Air mata Jumaat T_T



Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Wednesday, August 24, 2011

Reload...??



“Maaf, kredit anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan ini terima kasih” Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’. Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?

Saturday, March 26, 2011

Renungan buat si anak

Assalamualaikum w.b.t for Ikhwah Bandz…

Alhamdullilah…syukur kepada Allah s.w.t yang masih memberikan kesempatan kepada kita untuk menghirup udara segar di muka bumi Allah ini…semoga dengan nikmat kurniaan yang Dia berikan ini membuatkan diri kita lebih berlumba-lumba dalam membuat amal kebajikan…terutamanya dalam kehidupan seorang pelajar…banyak masa dibazirkan dengan membuat perkara-perkara yang ‘lagho’…Adakah ini yang diharapkan oleh Ibubapa??

Jangan jadikan alasan “mak bapak aq bukan ade bukan dorang tw pon ko 2 sebok knape??” ingatlah!!!mereka mungkin tak tahu…tapi Allah s.w.t maha melihat segala perbuatan dan tingkah laku yang kita lakukan…tapi sanggupkah kita melihat tagisan kekecewaan mereka bila melihat anak yang dikandung dan diasuh dengan penuh kasih sayang menghampakan mereka…

Wednesday, October 20, 2010

Kealpaan duniawi....



Keheningan malam  mmg mmbuatkn diri seorg student rse bosan…akibat kebosanan melampau tlah menyebabkan diri cube mencari sesuatu yg bru nk buat…jike tersalah langkah akn memudaratkan diri…nilah yg terjadi kt aq ari ni…besa org ckap redha Allah t’letak kt redha ibu bape…dalam al-Quran pn ad sebut yg same gak…so mmg bt0i la…selagi mak bapak kite x redha or x bg wat sesuatu 2 mmg ad hikmah….2 la situasi student kl0 da jaoh dri mak bapk…id0p dlm jiwe yg bebas…terlalu terikut2 dgn godaan syaitan n lpe pd mtilah yg menyebabakan hati kite juge jd mati…lupe dgn tanggujawab seorg ank kpada mak bapak dgn blajar sungguh2…