Followers

Search This Blog

Sunday, April 17, 2011

Tangisan seorang ...???


sumber

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan . Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu. Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan , menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.

Tidak akan berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Saturday, March 26, 2011

Renungan buat si anak

Assalamualaikum w.b.t for Ikhwah Bandz…

Alhamdullilah…syukur kepada Allah s.w.t yang masih memberikan kesempatan kepada kita untuk menghirup udara segar di muka bumi Allah ini…semoga dengan nikmat kurniaan yang Dia berikan ini membuatkan diri kita lebih berlumba-lumba dalam membuat amal kebajikan…terutamanya dalam kehidupan seorang pelajar…banyak masa dibazirkan dengan membuat perkara-perkara yang ‘lagho’…Adakah ini yang diharapkan oleh Ibubapa??

Jangan jadikan alasan “mak bapak aq bukan ade bukan dorang tw pon ko 2 sebok knape??” ingatlah!!!mereka mungkin tak tahu…tapi Allah s.w.t maha melihat segala perbuatan dan tingkah laku yang kita lakukan…tapi sanggupkah kita melihat tagisan kekecewaan mereka bila melihat anak yang dikandung dan diasuh dengan penuh kasih sayang menghampakan mereka…