Followers

Search This Blog

Friday, February 26, 2010

KEMANISAN IMAN


Kelazatan iman ini boleh dirasa. Mendengar cerita manisnya gula, tidak akan sama dengan dapat mencicipi rasa gula itu sendiri. Namun begitu, ada masanya, dengan mendengar cerita mereka yang telah merasai lazatnya manisan, membuatkan kita seolah-olah turut merasai sama kelazatannya. Jika kita dapat bersama Saidina Bilal r.a, mungkin kita akan dapat mendengar bagaimana Bilal memerikan betapa manis dan lazatnya iman, sehingga semasa batu yang besar dihimpitkan ke dadanya, hati dan mulutnya masih tega menyatakan, “Ahad! Ahad!”.
Kita tidak dapat mengecapi kemanisan yang dirasai oleh Khansa’ r.ha ketika diberitahu kepadanya berita tentang kesyahidan keempat-empat puteranya, lalu berkata, “Segala puji bagi Allah, yang telah menjadikan aku ibu kepada empat orang syuhada”. Alam rasa adalah alam yang amat dalam. Kesannya melampaui alam nyata.



Wednesday, February 17, 2010

Bukan Sebab 'KENA' tapi Sebab 'PERLU'



Ada orang merasa malas dan letih untuk mengamalkan Islam. Dia rasa penat. Katanya: “Islam ni susah. Itu kena buat, ini kena buat. Leceh”

Mungkin bukan seorang yang rasa begitu. Dan sememangnya, sebagai manusia yang penat dengan sesuatu yang berulang-ulang atau sesuatu yang berat perlu dilaksanakan, akan timbul dalam hatinya perasaan bosan. Akhirnya akan muncul pertanyaan: “Kenapa lah aku kena buat begini, begitu?”

Aku pun banyak berfikir berkenaan hal ini. Sebab pernah satu ketika, aku rasa lemah sampai aku berkata kepada diri ku:

“Kenapa lah aku kena solat 5 hari sekali? Sekali tak boleh?”

Dan apabila soalan itu muncul, aku tahu keimanan aku terganggu. Maka aku mencari jawapan. Bila aku mencari-cari, yeah… aku jumpa.

Sebenarnya, Allah suruh buat itu dan ini dalam kehidupan kita, adalah kerana kita memerlukannya.
Allah Yang Menciptakan Kita
Satu perkara yang sering kita terlupa, tetapi kita tahu akan halnya adalah: Allah itulah Pencipta kita.

Di sini, kita dapat melihat Kenapa Allah SWT itu Maha Mengetahui. Dia juga adalah Yang Maha Bijaksana. Keagungan Allah SWT tidak akan sampai akal kita memikirkannya, dan Dia langsung tidak akan sama dengan ciptaan-ciptaan-Nya.
Pencipta, lepas itu tahu apa yang diperlukan oleh yang diciptakan-Nya.