Followers

Search This Blog

Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun HIjrah




Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi kepada saudara seIslam semua...
Hari ini adalah hari terakhir kita dalam tahun 1433H dan esok bermulanya hari kita dalam tahun 1434H. Di kesempatan ini, saya ingin mengajak diri saya dan saudara sekalian bersama-sama merenung sejenak segala yang telah kita lalui pada tahun ini, apa yang kita perolehi adakah amal kebajikan yang kita lakukan atau sebaliknya. Semoga dengan kedatangan tahun baru kali ini mampu memberi kita semangat yang baru dalam melaksankan segala suruhanNya dengan ikhlas. Kepada rakan-rakan pembaca, dikesempatan ini, juga saya ingin memohon kemaafan sekiranya selama saya berbloging ini ada yang tersinggung hati. Disini saya juga sertakan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah untuk panduan saudara pembaca sekalian. Semoga apa yang telah kita laksanakan pada tahun ini diterima oleh Allah s.w.t sebagai satu amal kebajikan dan yang akan kita rancang dipemudahkan olehNya InsyaAllah 

Sunday, October 14, 2012

Hanya Kerana 20sen =)


Ini adalah sebuah cerita yang boleh kita ambil sebagai tauladan. Jika tidak keberatan, jom baca.

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masji
d. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni… nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.